TEMA KONWANIS

2014- Muliamu Wanita Kerana Islam
2010 -Wanita Mendepani Cabaran Sosial Pasca Moden
2009 -Jiwa Tenang Hidup Sejahtera
2007 -Keluarga Sejahtera Dakwah Perkasa
2005 -Dakwah Perkasa Masyarakat Sejahtera

OBJEKTIF

  • Mengangkat martbat wanita sebagai pemimpin dan tokoh masyarakat di dalam pelbagai bidang
  • Memberi kesedaran mengenai kedudukan dan keistimewaan wanita dalam Islam
  • Menerapkan jati diri wanita berpaksikan syariat

MEMORY LANE

SEJARAH KONWANIS

K07_5KONWANIS kali ke-2 telah berlangsung di Cherating, Pahang pada 18 & 19 Februari 2007. Pada ketika ini, penyertaan KONWANIS hanya terbuka kepada ahli ISMA sahaja. Bertemakan ‘Keluarga Sejahtera, Dakwah Perkasa’, KONWANIS kali ke-2 ini telah mencatatkan kehadiran seramai 250 peserta daripada seluruh negara.

Antara tajuk-tajuk yang dibentangkan sepanjang program 2 hari ini termasuklah slot ‘Rumahtangga dakwah’, ‘Kesihatan dan pemakanan’, ‘Komunikasi berkesan’ dan ‘Akttiviti tarbiyyah dalam keluarga’.

K09_3KONWANIS kali ke-3 telah berlangsung pada 1 & 2 Mei 2009 di Shah Alam, Selangor. Bertemakan ‘Jiwa Tenang, Hidup Sejahtera’, konvensyen ini telah dihadiri oleh 400 peserta yang terdiri daripada pelbagai usia dan latar belakang. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Yand berbahagia Datin Noraini Mat Top, yang pada ketika itu merupakan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam.

Pelbagai topik menarik dibentangkan di konvensyen ini, antaranya seperti ‘Wanita, tekanan dan Islam’, ‘Cinta dalam Islam’, ‘Meraih cinta sejati dan juga forum ‘Jiwa tenang, hidup sejahtera’.

K10_8Pada 24 Julai 2010, KONWANIS ke-4 telah berlangsung. Kali ini, ia telah diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan dan mencatatkan kehadiran seramai 1000 orang yang terdiri daripada ahli ISMA dan juga masyarakat awam. Bertemakan ‘Wanita Mendepani Cabaran Sosial Pasca Moden’, pelabgai topik penting an menarik telah dibentangkan, antaranya termasuklah ‘Identiti dan Jatidiri wanita menurut perspektif Islam’, ‘wanita mendepani cabaran sosial pasca moden’ dan ‘sumber pengambilan sebagai asas jatidiri moden’.

KONWANIS kali ke-4 ini telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Hajjah Zainab bt Nasir, Pengerusi Jawatan kuasa Bertindak Pembangunan Wanita, keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat kerajaan Negeri Sembilan.

PROFILE PIC KONWANIS2 156Konvensyen Wanita Islam kali ini akan mengupas bahawa hak dan kedudukan wanita yang berdasarkan undang-undang syariat telah membawa wanita tinggi di mata dunia dan tidak pernah sama sekali meyekat kebebasan wanita untuk bersuara dan maju ke hadapan. Mengetehuai sejarah sebenar kedudukan wanita dalam Islam amat penting supaya kita tidak dipengaruhi oleh budaya dan slogan barat yang snetiasa berusaha membenihkan salah faham di minda umat Islam.

Dengan tema ‘Muliamu Wanita Kerana Islam’, KONWANIS 2014 mensasarkan penyertaan seramai 3000 orang wanita Islam dari seluruh negara, dan bakal diadakan pada bulan April 2014. Pastikan anda tidak ketinggalan dalam meraih permata-permata berharga dalam Konvesyen Wanita Islam kali ke-5 ini.

DI SEBALIK TABIR

KENALI TEAM KONWANIS 2014

penaung
01 – Ustaz Abdullah Zaik

Penaung

penasihat
02 – Ustazah Norsaleha

Penasihat

pengarah1
03 – Ustazah Suriani

Pengarah

TPeng1
04 – Roszida Kamarudin

Timbalan Pengarah 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

clear formSubmit